Seperti yang saya telah janjikan kepada pengunjung blog ini. Entri mengenai Kaedah Asas Menghafaz Al-Quran akan disambung. Alhamdulillah saya diberi kekuatan untuk menulis mengenai perkara ini, memandangkan ianya merupakan “core business” saya. Amat rugi sekiranya saya tidak berkongsi dengan masyarakat diluar dan komuniti internet mengenai perkara ni. Cuma saya memilih blog sebagai platformnya kerana saya berharap ianya akan menjadi Saham Akhirat di kemudian hari kelak.
Saya berharap ada dikalangan pembaca siri 1 yang telah mencuba kaedah tersebut kerana saya ingin anda merasai “nikmat” menghafaz al-Quran. Tinggalkan celoteh mengenai siri 1, sekarang saya akan mengupas selanjutnya mengenai kaedah hafazan siri 2.

Ada 2 komen yang saya berikan perhatian seperti yang anda lihat dalam gambar diatas
- Pantang larang dalam menghafaz.
- Bantuan untuk menghafaz.
Pantang Larang Dalam Menghafaz Al-Quran
Secara amnya tiada pantang larang tertentu dan khusus apabila menghafaz al-Quran. Saya hanya berpegang kepada 2 prinsip :
“Pantanglah sebanyak mana sekalipun tetapi jika malas untuk murajaah al-Quran. Confirm lupa..!!”
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya” Surah al-Hijr, ayat 9
Namun demikian, secara peribadi sehingga hari ini (waktu entri ini ditulis) saya hanya mengikut beberapa pesanan dari tuan guru saya :
- Pantang Pemakanan
- Jangan makan atau minum makanan yang mengandungi semut.
- Jangan makan benda-benda masam.
- Pantang Amalan
- Jauhi dari melakukan maksiat.
- Jangan membaca tulisan di batu nisan.
- Jangan membaca dan menghafaz al-Quran ketika mengantuk. Pasti ayat yang dihafaz akan jadi meraban.
Bantuan Menghafaz
Apa-apa pekerjaan atau perbuatan yang kita lakukan pasti mempunyai trick dan tips yang dapat membantunya. Begitu juga dengan aktiviti menghafaz al-Quran. Beikut merupakan beberapa bantuan hafazan yang boleh anda amalkan, mungkin ada lagi tips dari rakan saya Ustaz Asraff boleh kongsikan di sini nanti (saya pasti beliau akan membantu).
- Bantuan Aktiviti
- Menghafaz & murajaah menggunakan audio al-Quran (kaset, CD, mp3 player dan sebagainya). Cuba ikut dan baca ayat yang diperdengarkan oleh Qari tersebut.
- Murajaah al-Quran bersama rakan. Rakan akan menyemak bacaan anda.
- Murajaah mengikut halaqah (study group). Membaca secara bersambung-sambung seperti tadarus al-Quran tetapi tanpa melihat mushaf.
- Menulis kembali ayat yang telah berdasarkan hafazan iaitu tanpa melihat mushaf.
- Bantuan Amalan
- Banyak melakukan amalan solat sunat terutama solat sunat Taqwiyatul Hifzi.
- Sentiasa dalam keadaan berwudhu’.
- Meminta sokongan doa dari kedua ibu bapa.
- Membaca doa sebelum dan selepas menghafaz :
(Doa sebelum menghafaz al-Quran)
(Doa selepas menghafaz al-Quran)
- Bantuan Pemakanan
- Kismis.
- Madu lebah.
p/s : Makanlah 1 kilogram kismis setiap hari tetapi tiada usaha untuk menghafaz dan murajaah. Insya Allah, anda mungkin termasuk dalam golongan yang rugi.




April 21st, 2010
Imran 


Posted in
Tags: 










Jangan makan atau minum makanan yang mengandungi semut..kenape semut dan bukan haiwan lain??huhuhu
.-= apiih´s last blog ..[PIC] Pendrive Yang Pelbagai Rupa =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 22nd, 2010 at 9:44 PM
@apiih, Dikatakan makanan & minuman yang mengandungi semut akan menyebabkan bebal 40 hari. huhu
[Balas Komen]
rashid Reply:
August 27th, 2010 at 2:24 AM
@apiih, anda tidak tahu kah, semut mempunyai acid yang masam, dan akan membantu otak kita lupa sesuatu perkara..maaf hanya berkongsi..untuk menambah memori didalam kepala, di galakan makan ikan laut..
rashid´s last [type] ..Petua-Petua Ringkas Dari Aku- Tak Cuba Tak Tahu
[Balas Komen]
Imran Reply:
August 31st, 2010 at 5:40 AM
@rashid, Akhirnya anda telah memberi jawapan secara saintifik mengenai semut.
Terima Kasih…!
Imran´s last [type] ..Kaedah Mencari Muka Surat Setiap Awal Juzuk Al-Quran
[Balas Komen]
Insyallah.. akan diamalkan.. azam nie nak hafaz..
.-= zik´s last blog ..Cabaran keusahawan =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 22nd, 2010 at 9:44 PM
@zik, Kuatkan azam insya Allah. Boleh tu
[Balas Komen]
Akan dipraktikkan..Insya Allah
.-= etomyam´s last blog ..Koleksi Terkini 10 Barangan Termahal Di Dunia =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 22nd, 2010 at 9:45 PM
@etomyam, Dapat praktikkan pada anak pun ok juga.
[Balas Komen]
salam..
masa sekolah dulu sllu gak suri amalkan..
Alhamdulillah semuanya pasti berjaya jika kita ikutinya dgn jiwa yg bersih..petua2 pun mnrik sekali..
.-= suri´s last blog ..Temankan Saya ke Alam Barzakh =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 22nd, 2010 at 9:47 PM
@suri, Petua tu kebanyakannya turun-temurun dari guru kepada anak murid
[Balas Komen]
urrmmmm… info baru lagi dpt.. btw siapa tuan gurunya? dulu belajar kt mana? kalau x silap kalau nak hafaz al quran hati mesti mau bersih OoOo..teringin pulak nak rasa suasana di pesantren..hahaha (^_^)
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 22nd, 2010 at 9:49 PM
@Hafiz Mohd, Tuan guru saya ramai, sebab guru hafaz dari tingkatan 1 ke tingkatan 6 atas lebih dari 10 orang. Kalau nak listkan kena check betul-betul. Takut tertinggal nama mereka
[Balas Komen]
salam ustaz sy pun pernah cuba menghafal tapi tu la..tak konsisten
mula2 semangat, lepas tu hilang…
nak kena start semula…
.-= faizal´s last blog ..Nuklear dan Keamanan Sejagat =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 23rd, 2010 at 2:00 PM
@faizal, Sebab itu, disiplin amat penting dalam menghafaz selain minat.
[Balas Komen]
rasanya susunan pantang pemakanan dan pantang amalan
*baca tulisan di batu nisan tu
ada kesilapan susunan..
.-= Mus´s last blog ..Hari Ini Aku Ber’Blogspot’! =-.
[Balas Komen]
Imran Reply:
April 23rd, 2010 at 10:50 PM
@Mus, Terima kasih, saya telah edit
p/s : Itu tandanya anda membaca keseluruhan entri dengan teliti
[Balas Komen]
saya belajar di asrama penuh.memang agak sukar untuk menhafaz,saya dah cuba cari masa.alhamdulilah.saya yakin boleh start hafaz.terima kasih sebab ajar saya.
[Balas Komen]
Imran Reply:
June 15th, 2010 at 8:27 AM
@Farhan, Insya Allah, anda boleh menghafaz kerana telah mempunyai minat dan keazaman.
[Balas Komen]
saya ni dah banyak tahun dah duk berazam tapi xjadi2 gak.bagi formula nak realkan azam tuk hafaz alquran ni…
[Balas Komen]
Imran Reply:
September 6th, 2010 at 8:58 AM
@muslim, Azam sahaja tidak cukup kuat untuk merealisasikan keinginan anda untuk menghafaz.
Saranan saya : Mulakan dahulu menghafaz surah-surah pendek dalam juzu’ 30 untuk asas.
Imran´s last [type] ..Iklan Hari Raya Kontrovesi
[Balas Komen]
ustaz saya berumur 27 tahun boleh kah saya menjadi hafiz al-quran
[Balas Komen]
Imran Reply:
October 5th, 2010 at 7:52 PM
@shary, Umur bukan penghalang untuk menghafaz al-Quran. Saya yakin anda boleh…!!
Imran´s last [type] ..Penghinaan Terhadap Al-Quran
[Balas Komen]
terima kasih ats tips2 yg dberikan … sbenarnya nak hafaz ni bknnye ssh mne pown … itu cme mindset kte je .. sye sndiri pnah dengar cte yg ade suri rmah yg ambik mse 20 hari je! nak hafaz quran . mashaAllah . tpi tk tahu la btul ke tk cte yg sye bce 2. rsenye btul kot . tak mustahil . impossible is nothing! ahaha
[Balas Komen]
Imran Reply:
November 2nd, 2010 at 5:12 PM
@din, Benar, menghafaz al-Quran bukan perkara yang sukar, tetapi untuk menjaga dan mengekalkan hafalan itu yang teramat sukar.
Seperti yang saya pernah nyatakan. Kita sebenarnya tidak merancang untuk menghafaz. Jika mengikut perancangan, semuanya akan menjadi mudah insya Allah.
Tiada perkara yang mustahil dalam penghafalan al-Quran. Semuanya dengan kehendak Allah.
[Balas Komen]