Kaedah Asas Menghafaz Al-Quran (Siri 1)

quran

Pada hari Rabu 14 April 2010 lepas, saya telah diberikan amanah untuk menyampaikan teknik dan adab menghafaz al-Quran untuk pelajar baru Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan [ITQAN] sesi 2010. Secara keseluruhannya, saya hanya menekankan bahawa kaedah menghafaz yang sering digunakan oleh kebanyakan penghafaz al-Quran adalah menggunakan teknik kumulatif. Cuma ada dikalangan ustaz yang mencipta kaedah hafazan seperti Kaedah Jibril, kaedah al-ITQAN dan sebagainya. Asasnya adalah berdasarkan teknik yang saya sebutkan tadi.

Teknik ini menggunakan cara mengulang-ulang bacaan pada ayat sehingga lancar. Bermula dari ayat pertama sehingga ayat seterusnya. Untuk memudahkan anda, sila lihat muka surat 4 dalam al-Quran Mushaf Uthmani atau lihat sahaja gambar dibawah :

contoh ayat1

Untuk permulaannya, saya mencadangkan supaya anda membaca ayat di muka surat ini dengan betul dan lancar. Kemudian baca lagi sekali keseluruhan muka surat ini dengan menyemak betul-betul baris, huruf dan hukum tajwid yang terkandung di dalamnya. Seterusnya saya mencadangkan supaya anda memotong satu ayat menjadi beberapa bahagian. Dalam gambar diatas, saya hanya membahagikan ayat 17 Surah al-Baqarah kepada 3 bahagian. Bahagian pertama dikelilingi kotak berwarna merah. Bahagian kedua pula dikelilingi kotak berwarna biru dan bahagian ketiga dikelilingi kotak berwarna hijau.

Panduan asas menghafaz al-Quran :

  • Baca ayat dalam kotak berwarna merah sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
  • Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz.
  • Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
  • Sekiranya sudah hafaz dan lancar baru berpindah ayat.
  • Baca ayat dalam kotak berwarna biru sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
  • Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz.
  • Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
  • Sekiranya sudah hafaz, ulang pula bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah.
  • Baca ayat dalam kotak berwarna hijau sebanyak 10 kali (lihat mushaf).
  • Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi sehingga hafaz.
  • Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.
  • Sekiranya sudah hafaz, ulang bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah sehingga tamat 1 ayat.

Di dalam kaedah asas ini, saya mencadangkan anda agar mengulang setiap ayat sebanyak 10 kali sahaja (minimum). Sekiranya anda mahu mengulangnya dengan bilangan yang lebih banyak adalah dialu-alukan. Semakin banyak diulang, semakin mantaplah hafazan anda. Ada teknik yang mencadangkan agar anda mengulang bacaan sehingga 60 kali..!! Bagi saya, menghafaz al-Quran adalah perkara yang mudah, namun untuk mengekalkan hafazan adalah suatu perkara yang lebih sukar serta memerlukan disiplin dan komitmen yang kuat.

Untuk ayat seterusnya, anda bolehlah mengaplikasikan kaedah asas yang telah saya nyatakan diatas. Asas utama untuk menghafaz al-Quran adalah mengulang-ulang ayat tersebut sehingga hafaz. Contoh yang saya nyatakan diatas tidak mengikut waqaf dan ibtida’ yang sesuai kerana kekangan perisisan (software) untuk mengubahsuai kotak tersebut. Harapan saya agar entri ini dapat membantu umat Islam yang ingin menghafaz al-Quran. Kita sebenarnya bukan tidak mampu untuk menghafaz al-Quran, cuma kita tidak merancang untuk menghafaznya.

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

62 Responses to “Kaedah Asas Menghafaz Al-Quran (Siri 1)”

  1. apiih says:

    macam nie lah aku menghafaz al-quran dulu..papepon thanks for the tips,sesuai bagi mereka yang ingin menghafaz al-quran,mudah-mudahan dibuka pintu hati mereka..huhuhuhu
    apiih´s last blog ..25 Facebook Tips/Trick My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @apiih, Oh… apiih dulu pun hafal quran jugak? Belajar mana tu? Kaedah ni memang kaedah tradisional. Turun-temurun diamalkan :D

    [Balas Komen]

    apiih Reply:

    @Imran, huhuhu..byk jugak la yg aku hafaz..huhu..surah yassin,sej-jadah ngan ade lagi lar..huhuhu..aku blajar ni pon kat pusat pengajian al-quran,dekat ngan umh..huhuhu..btw,dah exchange-link kat http://www.apiih.com/ex-change-link

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @apiih, Syukur kerana apiih telah berjaya menghafaz surah-surah pilhan. Seperti saya katakan. Menghafaz tidak sukar, menjaga hafalan merupakan satu cabaran…

    [Balas Komen]

    apiih Reply:

    @Imran, menjaga hafalan merupakan satu cabaran…hahaha..mmg 1 cabaran,rasenyer aku dah ade tak ingat dah sikit2..huhuhu
    apiih´s last blog ..25 Facebook Tips/Trick My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @apiih, Ada hadis Rasulullah S.A.W mengibaratkan al-Quran seperti seekor unta liar. Sekiranya tidak diikat (dijaga), maka akan larilah ia jauh dari kita.

  2. ishak says:

    hem bapak kita orang mengajar kita orang ngaji dulu,teknik inilah..ulang 2..tapi ustazah dekat sekolah,kalau waktu kelas fardu ain..petang..tak hafal satu baris ayat tu..merah pinggang kena cubit hehe..

    saudara boleh buat entri basic belajar bahasa arab tak ? untuk kemudahan bersama…
    ishak´s last blog ..Memori gambar 2 aksi panas My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @ishak, Seperti yang saya katakan dalam entri diatas, ini adalah teknik tradisi untuk menghafaz. Kaedah pengulangan ini adalah kaedah asas yang perlu dilakukan. Insya Allah saya akan buat sambungan untuk siri seterusnya :D

    p/s : Basic untuk belajar Bahasa Arab macam mana tu? Nak mula dari alif ba ta?

    [Balas Komen]

  3. Nozi says:

    Salam Imran,

    Satu teknik yang bagus. Akak dulu ada juga sertai hafazan masa sekolah menengah. Masa nk bertanding hafazan tu akak perhatikan ada juga yang menggunakan teknik mendengar tahfiz menghafaz di dalam kaset. Pakai walkman. Itu salah satu teknik menghafaz yang baik juga. Akak masa tu memang tak pakai walkman. Hafaz manual macam ni je la. Tapi alhamdulillah, menghafaz Al-Quran bukannya susah.
    Nozi´s last blog ..Dapat Google Adwords RM150 free voucher My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Nozi, Ini adalah teknik asas untuk menghafaz. Yang guna kaset, mp3 dan sebagainya adalah alat bantuan untuk menghafaz. Tahniah kerana akak telah berjaya menghafaz!

    p/s : Kekal lagi hafazan tersebut sampai sekarang?

    [Balas Komen]

    Nozi Reply:

    @Imran, Lama dah tak refresh hafazan surah-surah dulu. Surah Yaasin la yang ingat lagi sampai sekarang. Lagi 3 surah tu kena hafal semula sbb dah tak ingat. Surah al-Waqi’ah,as-sajjadah,al-Insan.
    Nozi´s last blog ..Dapat Google Adwords RM150 free voucher My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Nozi, Alhamdulillah. 3 Surah lain tu boleh refresh sikit-sikit. Insya Allah boleh dapat. :D

    [Balas Komen]

  4. etomyam says:

    sangat menarik tutorial ni…nak cuba jugak :D
    etomyam´s last blog ..10 Perkara Perosak Sperma Lelaki My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @etomyam, Boleh dipraktikkan kalau mahu. Masalahnya ramai yang tak merancang untuk menghafaz. :(

    [Balas Komen]

  5. boss says:

    orang kata kalau nak hafaz al quran ni.. kena berpantang makan, betul ke?
    boss´s last blog ..Email Yang Mendebarkan My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @boss, Oh, pemakanan juga adalah satu faktor yang membantu hafazan. Insya Allah dalam sambungan nanti saya akan huraikan tentang pemakanan. Pantang larang dan sebagainya.

    [Balas Komen]

  6. kertaz says:

    Aku dah lama tinggal mengaji.. Time kecik2 rajin ah.. Dah besar mcm ni pemalas nk mampos.. zzzz.. Tp nasib baik aku still reti baca.. Thehehe..
    kertaz´s last blog ..HWM BlackBox – CPU Information Utilities My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @kertaz, Kalau boleh baca al-Quran setiap hari walaupun sedikit. Bersyukurlah kerana anda diberi kelebihan boleh membaca al-Quran. Majoriti umat Islam hari ini tidak tahu baca Quran :(

    [Balas Komen]

  7. azizan4444 says:

    tips mnrik ni bro..dulu mse kecik2..x tgk sgt bnda ni..hafaz je reti…
    azizan4444´s last blog ..Ada Apa Dengan Username? My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @azizan4444, Kalau masa kecik dah mula hafaz lagi bagus. Melentur buluh biarlah dari rebungnya :D

    [Balas Komen]

  8. Salam Ustaz Imran, saya ada sesuatu yang menarik untuk ustaz di blog saya. Terima kasih.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Motivasi Kerja, Salam, terima kasih ustaz. Tak sangka jadi pengulas ke-1000 :D

    [Balas Komen]

  9. Mus says:

    salam..
    terima kasih berkongsi cara menghafaz..
    Mus´s last blog ..Pengalaman Menemani Isteri Bersalin My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Mus, Saya berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri untuk manfaat ramai.

    [Balas Komen]

  10. zik says:

    nak hafaz satu al-quran.. tetapi banyak sangat dahulukan urusan duniawi.. :-(
    zik´s last blog ..Achik Spin meninggal dunia. My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @zik, Tahniah kerana anda berazam untuk menghafaz 30 juzu’ al-Quran. Pastikan ianya menjadi kenyataan :D

    [Balas Komen]

  11. nuaeman says:

    Zaman muda-muda amat mudah untuk menghafaz bacaan doa sekrang ni seperti berkarat sedikit.. mungkin juga faktor pemakanan yang menyebabkan ini berlaku.. apapun tutorial diatas memang berkesan untuk dicuba..

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @nuaeman, Waktu usia muda sel-sel otak banyak. Bila dah berumur, sel tersebut akan hilang sedikit demi sedikit. Faktor pemakanan pun betul juga.

    [Balas Komen]

  12. nie kaedah ulang2.. hoho, kekadang dengar mp3 byk kali pun bleh ingat gak sket2… hohoho.. tapi kalo nak hafaz yang paling penting kena jaga perilakulaaa… kalo hafal2 tapi buat bende jahat, kotor gak hati…

    hehe, dan satu lagi bende yang bleh membantu ialah, hafal pakai Quran yang ader terjemahan, bagi yang tau Arab sket2 tue, memang banyak membantu untuk hafaz al-Quran..
    samanosuke_04´s last blog ..Bakat ada, jangan dipendam… My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @samanosuke_04, Bak kata pepatah “Practise Make Perfect”. Menghafaz menggunakan tafsir (terjemahan) juga adalah satu bantuan.

    [Balas Komen]

  13. Anarm says:

    terima kasih kerana berkongsi kaedah ni.. nanti boleh la dipraktikkan..
    Anarm´s last blog ..Manusia semakin malas membaca al-Quran My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Anarm, Kaedah ini juga boleh dipraktikkan untuk menghafaz selain dari al-Quran :D

    [Balas Komen]

  14. Asraff says:

    imran….gus usaha ko ni…kita perlu sumbang sesuatu utk masyarakat luar sana, dan juga sumbang idea utk pelajar tahfiz sekarang lebih baik….den akan cuba tambah2 sikit apa yg patut tntg teknik hafazan ni dlm entri den akan datang bagi menyokong usaha ni….
    Asraff´s last blog ..Comeylku tercinta, selamat hari jadi ke 27!! My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Asraff, Tu dia sifu kaedah jibril dah muncul :D Den rasa terpanggil untuk menulis entri ni. Dah lamo nak buek tapi tertangguh-tangguh. huhu

    [Balas Komen]

  15. Anjung Web says:

    Sangat bagus informasi ni… harap bolehlah praktis.
    Anjung Web´s last blog ..Cara Makan Mengikut Sunnah Nabi My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Anjung Web, Mudah-mudahan dapat amalkan dan hafaz bersama :D

    [Balas Komen]

  16. Info yang amat berguna. Dulu zaman2 sekolah mmg bnyk jgn menghafaz, tapi bila tak diamalkan dan dijaga, bnyk hafazan yang dah lupa. Cabaran jugk nak menjaga hafazan ni.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Azizi Zulkefli, Memang teramat rugi kalau terlupa apa yang telah dihafaz. Bukan mudah untuk hafaz kali kedua.huhu

    [Balas Komen]

  17. Nadri says:

    teknik mengaji berulang2 memang berkesan..anak2 saya skrg pun mengaji menggunakan teknik yg sama..cuma lama sikit nak khatam Al-Quran..
    Nadri´s last blog ..Dimanakah “Blogawan” Mendapat Sumber Maklumat Untuk Blog Mereka? My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Nadri, Mengaji berulang-ulang akan mengukuhkan pembacaan mereka. Begitu juga menghafaz dengan mengulang-ulang ayat sehingga lancar. Dapat mengukuhkan hafazan.

    p/s : Lambat khatam tak kisah. Asalkan bacaan betul. :D

    [Balas Komen]

  18. izzudin says:

    salam..masya Allah..

    i really appreciate and wanna congratulate u for having this fabulous entry..hopefully it will be beneficial to the ummah..

    as far as malaysian context are concerned, this entry will be valuable if they really search for it and u are really advertise it..it seems your fan at facebook are great too..hopefully your message will reach those who are really in the mode of seeking Islamic knowledge, particularly in Hifz al-Quran field..

    i really admire your passion to spread your knowledge, it will work if u are willing to learn too, and i know u know it better..

    it is all about how we practice to be ready for learning session,teaching others and being taught by others.

    wassalam..
    izzudin´s last blog ..Pengajaran dari satu Tamparan My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @izzudin, Salam, susah jugak nak mulakan entri berkaitan menghafaz ni sebab ramai juga blogger yang tulis. Cuma saya menulis mengikut pengalaman seperti anda juga :D

    p/s : Pueh den mikir ayat nak reply dalam English. huhu

    [Balas Komen]

  19. akimsaif says:

    ust ade soft copy untuk kaedah jibrilkan? bape ek harge die klu nk beli??
    akimsaif´s last blog ..Rat Race Society My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @akimsaif, Ye, saya ada softcopy Kaedah Jibril. Special dari penulisnya. Cuma tiada autograph sahaja. Harga RM45 untuk 3 ebook dan 1 CD.

    p/s : Setelah diperhatikan, kaedah jibril kurang sesuai untuk pelajar tahfiz full time. Ia perlu diolah untuk dipraktikkan di pusat pengajian Tahfiz.

    [Balas Komen]

  20. faizal says:

    salam…
    ustaz..oh begitu..baru la sy tau kaedah yg sebenar..
    terima kasih ya…
    faizal´s last blog ..Nuklear dan Keamanan Sejagat My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @faizal, Kaedah yang dicadangkan dalam entri diatas adalah kaedah tradisi dan wajib apabila hendak menghafaz al-Quran

    [Balas Komen]

  21. suri says:

    teringat masa ayah mengajar mengaji mesa suri kecik2 lagi..kat tangn msti ada rotan..huhu

    terima kasih tuan imran atas maklumat tersebut..ia amat bernilai sekali :)
    suri´s last blog ..Lari ke KL Sekejap.. My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @suri, Saya hanya setakat berkongsi pengalaman dan maklumat.

    p/s : Masa belajar mengaji dulu pun selalu kena rotan dengan mak. :D

    [Balas Komen]

  22. abuumar says:

    Tahniah kerana anda telah menjadi penulis blog berkenaan al-Quran… moga Al-Quran terus dipraktikkan dalam kehidupan umat Islam di akhir zaman ini. Moga mendapat manfaat oleh semua umat.

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @abuumar, Mudah-mudahan begitu. Anda juga boleh :D

    [Balas Komen]

  23. iLuvIslam says:

    salam~
    nak tanya sikit,kt mana ek nak cari mp3 surah sajjadah yang sesuai untuk hafazan??

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @iLuvIslam, Salam, saya ada mp3 tersebut. Nak qari apa ye? Insya Allah dalam masa terdekat saya akan uploadkan di sini.

    [Balas Komen]

    iLuvIslam Reply:

    @Imran, oh,good! :) .tak kisah qari apapun,asalkan yg sedap didengar dan bacaan nya mudah untuk kita ingat.lagi bagus kalau ayat nya dibaca pendek-pendek

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @iLuvIslam, Maaf, masih tidak berkesempatan untuk upload mp3 tersebut. huhu

    [Balas Komen]

  24. iLuvIslam says:

    0h,tak mengapa.kalau bkesmpatan upload la .hehe

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @iLuvIslam, Ok, saya dah buat entri khas mengenai mp3 al-Quran :D

    [Balas Komen]

  25. iLuvIslam says:

    0h,very good idea.so,nk tgk kat mana?

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @iLuvIslam, Boleh rujuk sini : http://www.imranshamsir.com/komputer-it/mp3-al-quran-30-juzuk-percuma/

    [Balas Komen]

  26. MOHD NASIR MAMAT says:

    salam…info yg dicari-cari…minta izin ambik bahan/print..boleh ya akhi

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @MOHD NASIR MAMAT, Silakan… Memang tujuan penulisan artikel di blog ini untuk dimanfaatkan bersama. Sekiranya untuk diterbitkan di blog, mohon berikan kredit (link) kepada blog ini :D

    [Balas Komen]

  27. lutfi says:

    salam,sy nak btyakn satu soklan nie… dalam sehari agak2 berapa muka surat kita dapat hafal.. tp kalau umurnya yg nak hafal tu skang mcm umur sy ni….21. bgilah komen ea.. sy nk tmbahkan hafalan sy seboleh2 nya… wallahu a’lam bis sowab…

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @lutfi, Secara puratanya lebih kurang 1 hari = 1 muka surat. Kadar hafalan ini perkara subjektif. Jadi, bergantung pada tahap keupayaan IQ dan tahap kerajinan juga :D
    Imran´s last blog ..Ramadhan dan Isu BerkaitanMy ComLuv Profile

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 7 + 2 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv Enabled

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com has Free Cell Phone Deals. | Thanks to PalmPreBlog.com Palm Pre News, MMORPG and Fat burning furnace review