Huffaz Bukan Mustahil

Huffaz Senior

Beberapa dekad dahulu, adalah amat sukar bagi kita untuk bertemu dengan golongan huffaz. Bahkan untuk mencari sekolah atau institusi pengajian tahfiz juga merupakan suatu misi yang boleh dikatakan mustahil melainkan di negeri-negeri bahagian pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Saya juga tidak pasti mengapa institusi pengajian tahfiz lebih berkembang pesat di negeri-negeri pantai timur dan lembah klang. Mungkinkah kerana faktor penghayatan agama yang lebih oleh masyarakat di sana? Atau mungkin juga kerana permintaan yang tinggi di kalangan ibu bapa dan penjaga.

Kata-kata sinis seperti, “Ada ke masa depan dalam bidang hafazan ini?”, “Tamat belajar nanti pun tidak ke mana…” dan “Paling tidakpun, jadi ustaz atau ustazah…”, kini sudah semakin tidak kedengaran lagi.

Namun senario tersebut mulai berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mulai tahun 90-an, pusat-pusat pengajian dan institusi tahfiz muncul dengan begitu banyak seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan.

Pelbagai persoalan timbul dengan kepesatan pembangunan institusi tahfiz ini. Berikut adalah beberapa faktor yang mungkin mendorong fenomena tersebut :

1. Mengejar Keuntungan

Kaya

Adakah pusat-pusat pengajian ini adalah berorientasikan keuntungan? Maklumlah, kos operasi sebuah pusat pengajian tahfiz di pusat-pusat pengajian swasta kadangkala menjangkau sehingga RM1500.00 seorang setiap bulan. Sudah tentu dengan bayaran yang begitu tinggi menjanjikan keuntungan lumayan kepada pengusaha pusat pengajian ini.

Seperti yang telah saya perbincangkan mengenai program motivasi, adalah suatu yang sukar untuk memastikan sejauh manakah keberkesanan institusi pengajian tahfiz dalam melahirkan huffaz yang cemerlang.

Setakat ini, belum ada suatu kajian ilmiah yang dijalankan khas mengenai definisi kecemerlangan di kalangan huffaz. Boleh dikatakan, setiap institusi tahfiz mewar-warkan bahawa kaedah yang mereka praktikkan adalah yang terbaik.

Sekiranya kata-kata dan ungkapan tersebut dapat dikuatkan dengan kajian dan bukti yang kukuh, saya pasti pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dalam bidang al-Quran akan menjadikan pusat tersebut sebagai modul dan contoh.

2. Pandangan Sudah Berubah

Skeptical

Ini juga adalah salah satu sebab yang mendorong ibu, bapa dan penjaga menghantar anak mereka ke institusi pengajian tahfiz. Mungkin menyedari keadaan yang semakin gawat dan kronik dengan pelbagai gejala sosial serta masalah di dalam pendidikan anak-anak, barulah mereka sedar dengan kewujudan insitusi seperti ini.

Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh menyerahkan sepenuh tanggungjawab ini kepada institusi pengajian tahfiz sahaja. Seolah-olah apabila dihantar ke institusi ini, maka anak-anak secara automatik akan menjadi insan yang bertaqwa dan cemerlang.

Jangan lupa, pelajar-pelajar yang memasuki pusat pengajian ini bukanlah mereka yang 100% akhlaknya cemerlang seperti keputusan peperiksaan yang mereka tunjukkan. Mereka perlu dipantau, diawasi, dididik dan dicanai supaya menjadi golongan yang diharapkan.

Justeru, ibu bapa dan penjaga hendaklah sama-sama menjalankan tanggungjawab masing-masing apabila pelajar pulang ke rumah.

3. Al-Quran Adalah Kejayaan.

Khaulah Mengaji

Sekiranya kita merujuk kepada kejaayan ilmuan Islam di zaman kegemilangan Islam dahulu. Majoritinya adalah penghafaz al-Quran. Ini adalah bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W yang menggalakkan agar kita mengajar anak-anak membaca al-Quran.

Ikuti petikan ucapan Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad (Generasi pertama Darul Quran) dari Utusan Malaysia.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad, 66, adalah antara lapan orang generasi pertama yang yang dihasilkan oleh Darul Quran (DQ), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kira-kira 44 tahun lalu.

“Pada masa itu tahun 1966, keadaan belajar waktu itu jauh berbeza berbanding zaman sekarang.

“Saya masuk tahfiz disebabkan latar belakang keluarga yang susah di mana ayah dulu hanya bekerja sebagai penoreh getah.

“Selepas belajar sekolah Melayu saya layak ke sekolah beraliran agama dan kebetulan mendapat biasiswa yang membolehkan saya boleh meneruskan pelajaran.

“Duit itulah saya guna untuk menampung pengajian serta membantu keluarga di kampung di samping duit daripada zakat.

“Cabaran zaman itu, bidang tahfiz tidak ada orang hendak masuk kerana tidak nampak masa depannya. Kedua, ia adalah satu kursus yang baru, jadi tidak ada sesiapa yang boleh dijadikan rujukan, idola atau contoh tauladan.

“Jadi semangat dan pendorong saya ialah dengan keazaman mahu keluar daripada kepompongan kemiskinan,” kata Sheikh Ismail mengimbau kenangan ketika berusia 16 tahun.

“Hafaz ketika kecil seperti ukir di batu tetapi hafaz ketika dewasa, ia umpama ukir di atas air. Ini bukanlah tidak boleh tetapi agak sukar sedikit. Malah jika kanak-kanak ini telah dididik dan diterapkan al-Quran dalam dada sejak kecil, mustahil mereka akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama,” jelasnya.

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Huffaz Bukan Mustahil”

  1. Maahad tahfiz mmg banyak sekarang ni ustaz..
    tapi nak carik yg betul2 cair, tu yg susah..
    huhu

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Ahmad Nordinie Isa, Cair atau tidak cair pun susah juga nak menentukan. Melainkan melalui ujian tebuk dahulu :D

    [Balas Komen]

  2. Anak Akhirat says:

    Assalamu’alaikum.

    Menghafal Al-Quran sesuatu yang menenangkan hati meskipun susah sehingga terkadang merembes juga airmata ini keluar. Huhu.

    Allahuakbar. Apa benar memelihara Al-Quran lebih berat dari memikul gunung-ganang?

    Allah izinkan, ingin menyambung lagi hafalan. :)

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    @Anak Akhirat, Memang berat untuk menghafal, malahan yang lebih berat lagi adalah menjaga hafazan tersebut…

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 5 + 7 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv Enabled

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com has Free Cell Phone Deals. | Thanks to PalmPreBlog.com Palm Pre News, MMORPG and Fat burning furnace review