Halal dan Toyyib

logo20halal1

Semalam saya dikejutkan dengan berita di akhbar mengenai “Asam Jawa Kepala Biawak”. Inilah yang terjadi sekiranya kita sebagai pengguna tidak memastikan sumber makanan “Halal” dan “Toyyib” dalam kehidupan seharian.

JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

JIJIK...kepala biawak yang ditemui dalam asam jawam, semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.

Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.

“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.

“Saya terus melepaskan objek itu dan memanggil jiran bagi memastikan apa benda yang ada dalam asam jawa berkenaan.“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.

Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak. Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.

Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak. “Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.

Sumber

Berapa ramaikah pengguna Islam yang prihatin dengan logo halal JAKIM pada produk makanan? Tahukah anda status halal boleh disemak melalui Barcode, SMS dan Directory Halal?

statistik halalMengikut statistik yang diambil dari laman web JAKIM sebanyak 29% sahaja dari pemegang sijil halal JAKIM dari pengusaha Bumiputera, manakala selebihnya dari kalangan Non-Bumiputera. Bayangkan betapa banyaknya pengusaha Non-Bumiputera yang mendapat status HALAL JAKIM. Hayatilah ayat 168 surah al-Baqarah

halal168.  Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Karena Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Marilah kita bersama-sama menjaga pemakanan kerana ianya mempengaruhi akhlak dan pembentukan peribadi seseorang.

$yg•ƒr¯»tƒ â¨$¨Z9$# (#qè=ä. $£JÏB ’Îû ÇÚö‘F{$# Wx»n=ym $Y7Íh‹sÛ Ÿwur (#qãèÎ6®Ks? ÏNºuqäÜäz Ç`»sÜø‹¤±9$# 4 ¼çm¯RÎ) öNä3s9 Ar߉tã îûüÎ7•B ÇÊÏÑÈ

545651E8062E086533AE763517E5D958

pixel
Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses to “Halal dan Toyyib”

  1. Mus says:

    patut disaman saja pengilang asam jawa tu..
    Mus´s last blog ..Blog Aku Dah Pulih Dari Bandwidth Limit Exceed. Macam Mana Caranya? My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Memang patut pun disaman. Gunakan asam jawa adabi lebih selamat dan mudah

    [Balas Komen]

  2. Anjung Web says:

    Rasa macam nak termuntah pun ada… :(
    Anjung Web´s last blog ..Edubuntu ialah Ubuntu untuk Pembelajaran My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Alhamdulillah suri rumah tersebut belum masukkan dalam masakan lagi. Kalau dah masukkan asam jawa dalam masakan? :o

    [Balas Komen]

  3. SiTikus says:

    Memang kena saman la pembuat asam jawa biawak tu. Yang pelik xde la pulak nama syarikat or pembuat. Ni bukan kes pertama so memang kena buat sesuatu kalau tak silap-silap kepala gajah masak lemak pun ada nanti..

    Pasal tanda halal tu, patutnya JAKIM buatla standard label. Pastu update kat laman web dan boleh diperiksa oleh orang ramai so takde la ragu2 dan kalau kita check pengeluar produk makanan tu actually takde sijil so kita boleh alert dan JAKIM pun boleh ambil tindakan .. Seriously JAKIM memang kena concern pasal halal haram ni sbb orang kite kalu ada logo halal je boleh mkn tapi tak tau palsu ke tak.(nth2 ada lemak oink2 pn kite tak tau)

    panjang giler komen, sori yer tuan rumah, sitikus memang sensitif dengan makanan ni..Good post imran.
    SiTikus´s last blog ..Bila Haiwan Pakai Baju Dan Menari My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Tahukah anda, berita seumpama ini memang biasa dikeluarkan. Kemudian Syarikat/Individu/Premis yang terbabit tidak dimaklumkan. Mungkin alasan tidak mahu memalukan pihak terbabit…

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Saya setuju dengan pandangan anda. Kebanyakan kita memang concern mengenai status halal pada pemakanan. Cuma yang perlu diperbaiki adalah perlaksanaan, penguatkuasaan dari JAKIM sendiri.

    Sebagai contoh, banyak isu-isu berkaitan logo halal yang digunakan oleh syarikat atau pengusaha tidak disahkan oleh JAKIM tetapi tidak diambil tindakan. Begitu juga isu pengeluaran logo halal itu sendiri. Sebelum ini ia dikeluarkan oleh pihak lain. Kemudian diambil laih oleh JAKIM.

    Banyak perkara yang perlu diperbaiki, cuma kita sebagai pengguna tidak bolehlah berharap pada JAKIM 100% (walaupun ramai yang berbuat begitu) :(
    Imran´s last blog ..Marhaban Ya Habibi My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

  4. zikr says:

    Takut dibuatnya, dah macam2 kes dah berlaku…
    zikr´s last blog ..Futsal! My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Macam-macam sebab tak gunakan sepenuhnya kuasa pengguna. “We have POWER”

    [Balas Komen]

  5. hadjie says:

    Mak ai, goli aie Den. Kalau aku bahagian Halal, boleh juga kongsi banyak info. Lain kali belilah Adaaabiii.
    hadjie´s last blog ..Cerita Poster, Gaza dan Aqsa My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Ko kono mintak bahagian halal serbu kilang tu jie. Orang umah den dah lamo guno asam jawa adabi. Gunakan yang halal dan bersih :D

    [Balas Komen]

  6. denaihati says:

    emmm sungguh menakutkan lah…
    denaihati´s last blog ..Dijemput ke Majlis Jamuan Petang 1Malaysia bersama PM My ComLuv Profile

    [Balas Komen]

    Imran Reply:

    Sekarang sibuk dengan status HALAL kopitiam dan “kedai mamak”. Kedua-dua premis ini saya tak pernah masuk, walaupun ada logo halal :D

    [Balas Komen]

Leave a Reply

IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)

What is 3 + 15 ?
Please leave these two fields as-is:
CommentLuv Enabled

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com has Free Cell Phone Deals. | Thanks to PalmPreBlog.com Palm Pre News, MMORPG and Fat burning furnace review