Bermula dari awal bulan Februari hingga sekarang, Malaysia mengalami cuaca panas yang luarbiasa. Ini berikutan fenomena El-Nino yang terjadi di tengah Lautan Pasifik sejak Jun tahun lepas yang dijangka berterusan sehingga April ini dan diramalkan beransur-ansur beralih kepada keadaan normal mulai Mei. Sebelum ini,anak saya merungut kesejukan semasa mandi di awal subuh sebelum ke sekolah. Sekarang, Khaulah selamba je mandi pagi kerana keadaan berbahang.
Keadaan cuaca semasa yang panas dan kering yang di alami di seluruh negara ketika ini adalah perkara yang normal bagi bulan Mac. Ini adalah kerana ketika ini negara sedang berada dalam fasa penghujung musim monsun TimurLaut dimana lazimnya cuaca adalah panas dan kering. Hasil dari pemerhatian didapati aktiviti-aktiviti cuaca adalah sangat aktif di bahagian Hemisfera Selatan berbanding di Hemisfera Utara.
Keadaan ini menyebabkan seluruh negara khususnya Semenanjung Malaysia terdedah kepada cuaca yang agak kering. Sementara itu, terdapat fenomena yang lazim berlaku pada setiap tahun pada bulan Mac ialah dimana matahari bergerak merentasi garisan Khatulistiwa.
Walaupun Jabatan Kaji Cuaca dan Saintis menyatakan ini adalah Fenomena El-Nino. Bagi saya, ini adalah kesan perlakuan manusia. Renungilah Firman Allah S.W.T. :
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (ar-Rum : Ayat 41)
Kini kesan cuaca panas sudah mula terasa, catuan bekalan air akan dilaksanakan di Negeri Sembilan. Petikan dari Kosmo.
SEREMBAN – Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) akan mula melaksanakan catuan bekalan air di beberapa kawasan di negeri ini mulai Ahad ini.
Tindakan itu dibuat ekoran cuaca panas dan pengurangan taburan hujan di beberapa pusat tadahan air khususnya loji yang membekal air kepada penduduk di Seremban menyebabkan langkah berjimat-cermat perlu dilaksanakan.
Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, pengurangan hujan mengakibatkan penurunan paras air sungai di muka sauk loji rawatan air Pantai, Sungai Ngoi-Ngoi dan Sungai Mahang yang membekalkan air terawat ke kawasan di sekitar Nilai, Sendayan, LBJ dan Lenggeng.
Beliau berkata, catuan itu akan diteruskan sehingga paras air di muka sauk kembali ke paras biasa (di atas tahap kritikal).
“Sehubungan itu, Sains akan mengagihkan air ke kawasan yang terjejas termasuk pengisian tangki air,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Dianggarkan pengguna air di Negeri Sembilan kini melebihi satu juta orang dan separuh daripada jumlah itu tinggal di sekitar Seremban dan Nilai.
Pada 13 Februari lalu, Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. telah mula mencatu bekalan air di daerah Kluang berikutan paras air di Sungai Sembrong merosot kepada 0.3 meter iaitu lebih rendah daripada paras kritikal 0.5 meter.
Justeru, tidak hairanlah apabila seluruh masjid di Negeri Sembilan diarahkan untuk membaca Doa Memohon Hujan. Saya ingin kongsikan doa ini bersama pembaca agar dapat dibaca bersama-sama bukan untuk memohon hujan di Negeri Sembilan sahaja, bahkan seluruh negara.
Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.
Ya Allah! Berilah kami hujan. Ya Allah, turunkan hujan pada kami. Ya Allah! Hujanilah kami
Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, ternak-ternakMu, berilah rahmatMu dengan merata, dan suburkan tanahMu yang tandus





Posted in
Tags: 








Insyallah, semoga Allah turunkan hujan di musim kemarau ini.
zik´s last blog ..Minyak tak jadi naik!!
[Balas Komen]